Sunday, May 17, 2009

Thursday, May 14, 2009

PERKUATKAN UMNO

Dah tiba masanya semua cawangan umno perkuatkan lagi cawangan masing-masing.Harus dimulakan revolusi baru dimana orang-orang muda harus diberikan perhatian supaya yang muda dapat menyumbangkan commitment,tenaga dan idea masing-masing untuk membawa umno ke era baru.Adakah umur masih menjadi faktor untuk seseorang memegang jawatan sebagai menteri serta beberapa jawatan didalam kerajaan.

Barisan Nasional harus menangi balik semua kerusinya diseluruh negeri pada masa yang akan datang.Umno harus perjuangkan serta menitik beratkan hak-hak orang melayu dan anak-anak muda supaya mereka tidak terjebak kearah yang salah.

Ada anasir-anasir yang cuba menjatuhkan umno dengan mempengaruhi anak-anak muda kerana merekalah aset negara.Dari segi pendidikan berapa peratus kita telah mansuhkan mereka yang buta huruf Dan mereka yang tidak mendapat pendidikan yang secukupnya.Harus dibuat kajian diseluruh negara terutama dikawasan luar bandar dan Ditahap mana kemiskinan telah dikurangkan.Adakah mereka ini menikmati segala kemudahaan yang sepatutnya.


Kerajaan harus mulakan satu pelan tindakan khusus dikawasan luar bandar dan dalam bandar.Dimana kajian harus dibuat dari factor keperluan ,permintaan ,kemudahaan , pendidikan Dan lain-lain lagi.Harus dibuat satu hari bersama rakyat dimana adun ,menteri serta Perdana Menteri Turun padang untuk mendengar apa rakyat inginkan.

Iaitu satu slogan 'ONE DAY WITH PEOPLE'AND WE HEAR YOUR VOICE'.Dan dimana semua menteri dapat luangkan masa dengan rakyat dan kenal sesama sendiri untuk perkukuhkan kepercayaan masing-masing.Dan dapatkan balik sokongan untuk parti masing-masing.

Saturday, May 9, 2009

PUTRAJAYA





PARLIMEN KITA


MASA DEPAN PENANTI

Sudah nampak sangat calon -calon pembangkang tidak ada pengalaman dalam menerajui bidang politik.Itu sebabnya calon pembangkang menarik diri.Mungkinkah mereka ini tidak cukup pengalaman atau tidak tahu soal management systems politik disesuatu kawasan.

Apakah tujuan mereka dan apakah perjuangan mereka.Adakah masa depan penanti akan lebih cerah ditangan pembangkang atau di tangan Barisan Nasional.Sudah tiba masanya Barisan Nasional fikirkan apa kehendak rakyat dan apa yang rakyat inginkan.Kena selidik apa puncanya Barisan Nasional kalah dibeberapa negeri semasa pilihanraya yang lepas.

Adakah kerana calon-calon Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah tunaikan kehendak rakyat.Segala perkara yang berlaku mesti ada puncanya.Sekarang Barisan Nasional harus memilih calon-calon yang berwibawa ,disukai rakyat dan calon itu harus dikalangan mereka yang ada sikap perjuangkan rakyat.


Kalau saya sebagai penduduk dipenanti tentu sekali saya akan sokong calon yang saya kenal serta tahu asal-usulnya dan tentu sekali saya akan menyokongnya.

Ini pendapat saya .......Apakah pendapat anda pula

Thursday, May 7, 2009

PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA:

Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmim Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.


Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.


rujukan - http://mois.gov.my

Prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Followers