Sudah nampak sangat calon -calon pembangkang tidak ada pengalaman dalam menerajui bidang politik.Itu sebabnya calon pembangkang menarik diri.Mungkinkah mereka ini tidak cukup pengalaman atau tidak tahu soal management systems politik disesuatu kawasan.
Apakah tujuan mereka dan apakah perjuangan mereka.Adakah masa depan penanti akan lebih cerah ditangan pembangkang atau di tangan Barisan Nasional.Sudah tiba masanya Barisan Nasional fikirkan apa kehendak rakyat dan apa yang rakyat inginkan.Kena selidik apa puncanya Barisan Nasional kalah dibeberapa negeri semasa pilihanraya yang lepas.
Adakah kerana calon-calon Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah tunaikan kehendak rakyat.Segala perkara yang berlaku mesti ada puncanya.Sekarang Barisan Nasional harus memilih calon-calon yang berwibawa ,disukai rakyat dan calon itu harus dikalangan mereka yang ada sikap perjuangkan rakyat.
Kalau saya sebagai penduduk dipenanti tentu sekali saya akan sokong calon yang saya kenal serta tahu asal-usulnya dan tentu sekali saya akan menyokongnya.
Ini pendapat saya .......Apakah pendapat anda pula
Saturday, May 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment