Jangan mudah terpedaya dengan segelintir orang yang mengatakan ada projek kerajaan yang sudah ada LA dari kerajaan .Mencari orang untuk mengambil-alih projek dari company sekian.Saya menceritakan kisah ini kerana saya sendiri telah mengalaminya.
Perkara ini berlaku sebulan yang lepas.Saya mendapat berita ini daripada seorang kawan yang mengatakan ada projek pemasangan LCD di melaka dan negeri sembilan.Lalu saya pun kira berminatlah hendakkan projek ini.Saya dikhabarkan bahawa pemasangan LCD ini sudah ditawarkan kepada syarikat ini dan syarikat ini mencari kontraktor untuk memulakan pemasangan LCD.
Lalu saya pun berbincang dengan partner saya mengenai projek ini dan partner saya berminat keatas projek ini lalu telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan tuan punya projek sekian.
Pada pagi itu saya dan partner saya telah berjumpa dengan tuan punya projek sekian untuk berunding.Semasa berunding dengan tuan punya projek ini ada perkara yang kami tidak setuju dimana kami diminta untuk mengeluarkan RM500,000.00 dalam bentuk bank draft.
Persoalannya kami yang akan buat pemasangan ini dan kenapa kami harus keluarkan bank draft sebanyak itu.Apabila kami memberitahu yang kami cuma boleh bagi BG tuan punya projek terus suarakan bahawa BG tidak boleh diterima cuma Bank Draft diterima.
Apabila kami minta dokumen untuk sahkan perkara ini langsung tak ditunjukkan yang ditunjukkan kepada kami ialah LA dari satu syarikat ini iaitu dari syarikat A ke syarikat B.Lalu saya dan partner saya menyiasat perkara ini dan mendapat tahu bahawa projek ini tidak wujud dan pihak MECD sendiri memaklumkannya.
Pengajaran daripada cerita ini berjaga-jagalah apabila berurusan dengan projek dari kerajaan ada segelintir orang menjajakan projek ini untuk mendapatkan duit cepat.Kalau berurusan dengan projek dari kerajaan berjaga-jagalah.Cuba dapatkan maklumat daripada bahagian tertentu dijabatan kerajaan.Jangan terus mempercayai apabila tengok dokumen.Sekarang ini dokumen ini semua boleh dibuat.Jadi berhati-hatilah dan jangan mudah terpedaya
Monday, May 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment