

"Tan Sri Nasimuddin adalah pemimpin yang hebat dan merupakan usahawan Melayu utama dalam komuniti perniagaan Malaysia.
"Beliau adalah pesonaliti automotif yang begitu komited, mempunyai visi hebat, inovasi dan minat mendalam, dalam industri automotif Malaysia. "Malaysia kehilangan tokoh korporat yang hebat, industri automotif hilang bintang.
"Kita kehilangan usahawan pintar. Beliau ialah usahawan yang baik. Kita kehilangan usahawan yang baik, seperti Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad (DRB-HICOM), dan kini Nasimuddin, saya mendoakan keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan.
"Sumbangan besar beliau yang mengubah landskap industri automotif, akan dikenang.
"Beliau ialah usahawan Bumiputera paling berjaya dalam industri automotif.
SM Nasimuddin memain peranan penting dalam pertumbuhan, peluasan dan kepelbagaian Kumpulan NAZA dan sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Negara hilang ahli perniagaan Melayu tulen.
Marilah kita mengingatinya selama-lamanya beliau merupakan seorang usahawan bumiputera yang berjaya dan kita semua harus menjadikan beliau sebagai contoh.
- info dari BERNAMA -
No comments:
Post a Comment