Sunday, May 17, 2009
Thursday, May 14, 2009
PERKUATKAN UMNO
Barisan Nasional harus menangi balik semua kerusinya diseluruh negeri pada masa yang akan datang.Umno harus perjuangkan serta menitik beratkan hak-hak orang melayu dan anak-anak muda supaya mereka tidak terjebak kearah yang salah.
Ada anasir-anasir yang cuba menjatuhkan umno dengan mempengaruhi anak-anak muda kerana merekalah aset negara.Dari segi pendidikan berapa peratus kita telah mansuhkan mereka yang buta huruf Dan mereka yang tidak mendapat pendidikan yang secukupnya.Harus dibuat kajian diseluruh negara terutama dikawasan luar bandar dan Ditahap mana kemiskinan telah dikurangkan.Adakah mereka ini menikmati segala kemudahaan yang sepatutnya.
Kerajaan harus mulakan satu pelan tindakan khusus dikawasan luar bandar dan dalam bandar.Dimana kajian harus dibuat dari factor keperluan ,permintaan ,kemudahaan , pendidikan Dan lain-lain lagi.Harus dibuat satu hari bersama rakyat dimana adun ,menteri serta Perdana Menteri Turun padang untuk mendengar apa rakyat inginkan.
Iaitu satu slogan 'ONE DAY WITH PEOPLE'AND WE HEAR YOUR VOICE'.Dan dimana semua menteri dapat luangkan masa dengan rakyat dan kenal sesama sendiri untuk perkukuhkan kepercayaan masing-masing.Dan dapatkan balik sokongan untuk parti masing-masing.
Saturday, May 9, 2009
MASA DEPAN PENANTI
Apakah tujuan mereka dan apakah perjuangan mereka.Adakah masa depan penanti akan lebih cerah ditangan pembangkang atau di tangan Barisan Nasional.Sudah tiba masanya Barisan Nasional fikirkan apa kehendak rakyat dan apa yang rakyat inginkan.Kena selidik apa puncanya Barisan Nasional kalah dibeberapa negeri semasa pilihanraya yang lepas.
Adakah kerana calon-calon Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah tunaikan kehendak rakyat.Segala perkara yang berlaku mesti ada puncanya.Sekarang Barisan Nasional harus memilih calon-calon yang berwibawa ,disukai rakyat dan calon itu harus dikalangan mereka yang ada sikap perjuangkan rakyat.
Kalau saya sebagai penduduk dipenanti tentu sekali saya akan sokong calon yang saya kenal serta tahu asal-usulnya dan tentu sekali saya akan menyokongnya.
Ini pendapat saya .......Apakah pendapat anda pula
Thursday, May 7, 2009
PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA:
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmim Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
rujukan - http://mois.gov.my
Prinsip Rukun Negara
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
LAGU UMNO
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
SEJARAH UMNO

Zaman Dato Onn
Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
- Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
- Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
- Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951
Zaman Tunku Abdul Rahman
Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
Zaman Tun Abdul Razak
Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.
Zaman Tun Hussein Onn
Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad
UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.
Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi
Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.
PM tentu kedudukan BN di Penanti
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Najib akan mengadakan perbincangan dengan Biro Politik parti yang dipengerusikannya dalam tempoh terdekat ini sebelum mengambil keputusan tentang perkara itu.
"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno, Perdana Menteri akan berbincang dengan biro politik dalam tempoh terdekat ini dan akan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Plaza Angsana di Johor Bahru hari ini, lapor Bernama.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Penanti pada 23 Mei ini, dan hari mengundi pada 31 Mei.
Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno turut ditanya tentang pandangan daripada pelbagai pihak termasuk daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno Bahagian Permatang Pauh yang mahukan BN bertanding pada pilihanraya kecil DUN Penanti itu.
"Kita akan mengambil kira semua pandangan," jawabnya.
Selain pandangan mahukan BN bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti itu, terdapat juga pihak yang berpendapat parti tidak perlu bertanding untuk mengelak daripada terlibat dalam permainan politik pembangkang.
Mesyuarat biro politik
Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Najib berkata biro politik Umno akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan sama ada wakil parti itu akan bertanding di Penanti.
Nantilah, kita akan bermesyuarat dalam sedikit masa lagi," kata Najib yang juga pengerusi biro tersebut ketika sidang akhbar mengenai langkah kerajaan meliberalisasi sektor kewangan, di sini.
Mengenai cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak membenarkan lagi "pondok panas" ditempatkan berhampiran pusat mengundi, Najib berkata ia merupakan langkah baik kerana ia boleh menimbulkan suasana tenteram dan mengelakkan kekacauan.
"Dengan bilangan penyokong yang ramai di pondok panas boleh menimbulkan kekacauan dan mengganggu para pengundi," katanya.
Kerusi DUN Penanti itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, 33 daripada PKR pada 16 April lalu.
Fairus sebelum ini turut meletakkan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang berikutan dengan tuduhan terlibat dengan rasuah.
Khamis lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.
Dalam pilihanraya umum tahun lalu, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.
petikan - dari malaysiakini
PILIHANRAYA DI PENANTI
Kali ini kalau calon yang akan dicalonkan oleh BN untuk bertanding di penanti haruslah calon itu berasal dari penanti dan penyokong dari BN .Kalau BN nak menang mestilah calonkan calon yang dikenali dipenanti dan yang akan selesa dengan penduduk dipenanti.
Kalau calon itu tak dikenali oleh penduduk di penanti macam mana BN akan menang kali ini BN harus dengar apa yang orang ramai inginkan.Orang ramai inginkan calon yang boleh turun padang dan selesaikan masalah mereka.Jadi sebagai Adun mestilah ada sikap patriotik dan sikap perjuangkan masalah penduduk.
Bukannya sudah jadi Adun ingin penuhkan poket dan bank-bank masing-masing.Bila sudah jadi adun itulah kali terakhir semua janji-janji cuma diatas pentas sahaja.Kali ini penduduk inginkan seorang yang kaliber dan karisma.Kotakan janji-janji dulu dan penduduk sekarang sudah mula bangun dimana selama ini mereka didalam mimpi .
Janganlah lagi berikan janji palsu lagi dan janganlah tipu penduduk lagi.
INVESTMENT BUSINESS
Everyone want to make money but did anyone think what is the best market to invest.Everyone are saying that don't invest in unit trust because the market are unstable.How true is this .Is't this is not the right time to invest in unit trust.My point of view very simple .
Example today you buy egg at price of 0.50 And the same egg you buy after 7days are 0.70.When the market down the each price of the unit will drop down And when the market up the unit you buy will go higher.When the need's drop down on certain products definetly the price will jump down .
The only thing we need to know is the weather of the market and flow of the price.
Wednesday, May 6, 2009
REVOLUTION
What are we fighting for is the races revolution are very important or politics revolution are very important.Which one are very important and always think before take action there are some group's try to sabotaj the peacefull in our country between other races.So we are all educated and know how to make a decicision .
Why some group want to make chaos in our country.The reason why with this there can success what they want to .Do you think they want do good for the people i think no .There are all looking fo a profit .
We should start new revolution .revolution in business and revolution in politics.Hope with our new prime minister will change the entire structure and maintain our economy and peacefull .
Monday, May 4, 2009
MENJAJAKAN PROJEK KERAJAAN
Perkara ini berlaku sebulan yang lepas.Saya mendapat berita ini daripada seorang kawan yang mengatakan ada projek pemasangan LCD di melaka dan negeri sembilan.Lalu saya pun kira berminatlah hendakkan projek ini.Saya dikhabarkan bahawa pemasangan LCD ini sudah ditawarkan kepada syarikat ini dan syarikat ini mencari kontraktor untuk memulakan pemasangan LCD.
Lalu saya pun berbincang dengan partner saya mengenai projek ini dan partner saya berminat keatas projek ini lalu telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan tuan punya projek sekian.
Pada pagi itu saya dan partner saya telah berjumpa dengan tuan punya projek sekian untuk berunding.Semasa berunding dengan tuan punya projek ini ada perkara yang kami tidak setuju dimana kami diminta untuk mengeluarkan RM500,000.00 dalam bentuk bank draft.
Persoalannya kami yang akan buat pemasangan ini dan kenapa kami harus keluarkan bank draft sebanyak itu.Apabila kami memberitahu yang kami cuma boleh bagi BG tuan punya projek terus suarakan bahawa BG tidak boleh diterima cuma Bank Draft diterima.
Apabila kami minta dokumen untuk sahkan perkara ini langsung tak ditunjukkan yang ditunjukkan kepada kami ialah LA dari satu syarikat ini iaitu dari syarikat A ke syarikat B.Lalu saya dan partner saya menyiasat perkara ini dan mendapat tahu bahawa projek ini tidak wujud dan pihak MECD sendiri memaklumkannya.
Pengajaran daripada cerita ini berjaga-jagalah apabila berurusan dengan projek dari kerajaan ada segelintir orang menjajakan projek ini untuk mendapatkan duit cepat.Kalau berurusan dengan projek dari kerajaan berjaga-jagalah.Cuba dapatkan maklumat daripada bahagian tertentu dijabatan kerajaan.Jangan terus mempercayai apabila tengok dokumen.Sekarang ini dokumen ini semua boleh dibuat.Jadi berhati-hatilah dan jangan mudah terpedaya
UMNO
Umno perlu beri peluang kepada muka-muka baru untuk menjawat jawatan didalam umno.anak-anak muda yang berpelajaran ada banyak idea yang boleh disumbangkan terhadap parti. Bertenaga serta bersemangat tinggi .
Umno harus wujudkan sikap bersemangat tinggi serta menyayangi negara.Dan memberi sikap positif serta contoh yang baik kepada mereka.Cuma umno sahaja boleh mertahankan hak-hak orang melayu .Kita harus fikirkan remaja-remaja sekarang yang haluannya ke arah tak betul.
Apa akan jadi pada anak-anak orang melayu dimasa depan apa akan jadi kepada mereka .Jika dari sekarang tidak dipertikaikan masa depan mereka maka hala tujuan mereka entah akan kemana.
Sunday, May 3, 2009
KEBESARAN TUHAN
Adakah solat ini dijadikan seumpama membuat tawaran apabila susah.
Marilah kita jangan leka dan mendalami ajaran islam.Jangalah kita ikut jejak orang barat .Kita ada agama yang ada peraturan dan ada sebab kenapa sesuatu perkara itu dilarangnya.Islam satu agama yang sempurna dan mengajar kita banyak perkara.Marilah kita renungi sama-sama segala perkara yang patut kita amalkan.
Banyakkan berzikir serta cakap kebesaran tuhan .Kalau duduk di kedai kopi kita sanggup mengumpat orang atau bercerita perkara yang tak ada faedah kenapa kita tak gunakan masa yang ada tu untuk bercakap kebesaran tuhan.
Masalah Keretakan Rumahtangga
Adakah kerana diantara sesama sendiri tidak ada sikap bertolak-ansur atau dah bosan hidup bersama.Ada yang bercerai selepas ada anak dan ada yang bercerai selepas kahwin selama setahun.Kenapa perkara sebegini berlaku dan Dimana puncanya.
Adakah dengan bercerai segala masalah selesai atau gunakan istilah bercerai untuk lari daripada tanggungjawab.Atau ingin kahwin lagi.
Sebelum bercerai fikirlah dulu jangan keluarkan perkataan bercerai.Duduk dan berbincang sesama sendiri.Kalau ada anak fikirlah masa depannya.
MASALAH HUTANG
Masa mengunakannya memang nampak standard bila statement sampai mula garu kepala , mula pening .Padahal kita boleh mengelakkanya dari mengunakan credit card.Bagaimana masa zaman belum wujud credit card boleh je mereka menguruskan kehidupan masing-masing.Mampu beli kereta dan beli rumah.
Adakah dengan memiliki credit card hidup kita bertambah maju atau hutang bertambah.kalau kita pandai berjimat saya rasa dapatkan mengelakkan pengunaan credit card.Kita boleh memiliki credit card tapi mengikut had .
Kalau gaji kita RM2,500.00 buat pengiraan tolak bayaran rumah , tolak bayaran kereta ,minyak kereta,barang isian rumah daripada situ kira ada berapa balance barulah buat budget bulan ini berapa banyak saya boleh gunakan credit card untuk beli barang.
Najib Umum Kabinet Baru 28 Anggota

Seperti yang dijangkakan, kabinet Najib lebih kecil terdiri 28 menteri dengan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah sebelum ini.
"Inilah saf dan inilah pasukan kita yang diharapkan menjadi cerminan kekuatan serta wajah kemajmukan Malaysia melalui Barisan Nasional yang mewakili semua rakyat dari setiap penjuru dan pelusuk Malaysia," kata Najib ketika mengumumkan barisan kabinet baru itu di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen TV tempatan.
Barisan kabinet itu juga mencerminkan slogan pentadbiran Najib iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan", yang mengajak rakyat bersama-sama melaksanakan transformasi besar untuk negara.
Daripada tujuh muka baru itu, empat dilantik menjadi menteri melalui lantikan senator iaitu Dr Koh, Jamil Khir, Sharizat dan Raja Nong Chik yang mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara khamis petang.
Dalam barisan kabinet itu, tujuh menteri mengekalkan portfolio masing-masing iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Seri Khaled Nordin (Pengajian Tinggi), Datuk Dr Maximus Ongkili (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Liow Tiong Lai (Kementerian Kesihatan) dan Datuk Dr S.Subramaniam (Sumber Manusia).
Seramai 14 menteri bertukar portfolio, didahului Muhyiddin kini menerajui Kementerian Pelajaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelumnya.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pula berpindah daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok daripada Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein daripada Kementerian Pelajaran ke Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim daripada Kementerian Luar ke Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, dan Datuk Peter Chin Fah Kui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Turut berpindah kementerian ialah Datuk Seri Shafei Apdal (Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Mustapa Mohamed (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Dr Ng Yen Yen (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Kementerian Pelancongan), Datuk Noh Omar (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pertahanan, Datuk Shaziman Abu Mansor (Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ke Kementerian Kerja Raya), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Kementerian Penerangan ke Kementerian Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Kementerian Belia dan Sukan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).
Lapan menteri yang tidak tersenarai ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar (Dalam Negeri), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pelancongan), Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Senator Datuk Amirsham A Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Shahrir Abdul Samad, yang meletakkan jawatan.
Tujuh muka baru yang dilantik ialah Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi, Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Mej Jen Datuk Jamil Khir Baharom sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Agama Islam.
Muka baru lain ialah Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Anifah Aman sebagai Menteri Luar dan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, dan Naib Presiden MCA Datuk Kong Cho Ha, yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pengumuman kabinet dimana penyusunan semula tiga kementerian iaitu Kementerian Penerangan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, bagi mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.
Perdana Menteri turut mengumumkan senarai 40 timbalan menteri termasuk dua yang dilantik melalui lantikan senator iaitu Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
-petikan dari bernama
APA DAH JADI ?
Bila berceramah bukan main kata-kata. Lepas dah memenangi pilihanraya semuanya jadi tak betul
Masing-masing nak tarik diri adakah ini perjuangan politik pembangkang.
Kenapa parti politik pembangkang sekarang ini tidak ada haluan apa yang mereka perjuangkan apa yang parti BN tidak perjuangkan selama ini.Apa moto mereka ,Apa perjuangan mereka , Apa visi mereka .
Kalau dulu masa pemerintahan BN kita tak pernah ada pergaduhan dan kenapa sekarang wujud isu perkauman , isu hak, isu agama .
EKONOMI
Sampai bila kita nak kerja dengan seseorang .Kita seharusnya ada impian dalam hidup. Dimanakah kita akan berada dalam masa 5 tahun.Ketahap mana fikirlah sendiri.
Kita seharusnya bangga dengan kejayaan yang kita miliki sekarang .Walaupun kita menghadapi krisis ekonomi .Kita masih ada semua keperluan tidak seperti disetengah negara yang mengalami krisis ekonomi yang teruk sehingga politik pun terjejas
Saturday, May 2, 2009
PENYUMBANG KEJAYAAN NEGARA


"Tan Sri Nasimuddin adalah pemimpin yang hebat dan merupakan usahawan Melayu utama dalam komuniti perniagaan Malaysia.
"Beliau adalah pesonaliti automotif yang begitu komited, mempunyai visi hebat, inovasi dan minat mendalam, dalam industri automotif Malaysia. "Malaysia kehilangan tokoh korporat yang hebat, industri automotif hilang bintang.
"Kita kehilangan usahawan pintar. Beliau ialah usahawan yang baik. Kita kehilangan usahawan yang baik, seperti Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad (DRB-HICOM), dan kini Nasimuddin, saya mendoakan keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan.
"Sumbangan besar beliau yang mengubah landskap industri automotif, akan dikenang.
"Beliau ialah usahawan Bumiputera paling berjaya dalam industri automotif.
SM Nasimuddin memain peranan penting dalam pertumbuhan, peluasan dan kepelbagaian Kumpulan NAZA dan sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Negara hilang ahli perniagaan Melayu tulen.
Marilah kita mengingatinya selama-lamanya beliau merupakan seorang usahawan bumiputera yang berjaya dan kita semua harus menjadikan beliau sebagai contoh.
- info dari BERNAMA -
MARILAH KITA BERSATU
Cuma fikir satu perkara sahaja Kerajaan mana yang membangunkan klia,menara kl,klcc,sepang f1 dan berbagai lagi.adakah masa itu kerajaan pembangkang membangunkannya tidak sama sekali dan Kenapa baru sekarang pertikaikan kerajaan BN tidak memperjuangkan apa-apa.Kini anak-anak felda menuntut diuniversiti.anak nelayan kini menuntut di universiti apa yang kita tidak cukup lagi.
Ekonomi malaysia kini dalam keadaan stabil .Banyak projek masih diteruskan lagi janganlah kita derhaka pada orang yang pernah perjuangkan untuk kita.
Negaraku Jiwaku
New Era

Marilah kita Sokong YAB Dato Seri Najib. Di bawah pimpinan beliau. marilah kita menyokong beliau dengan sepenuh hati dan ikhlas. Beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia berharap dapat mengubah malaysia ke era baru dimana semua bangsa akan bersatu dibawah satu bumbung dan hidup Dalam harmoni. Kita selalu mengutuk BN Adakah perkara ini betul atau sebaliknya?
Mari kita renungi zaman permulaan BN. masa itu semua golongan menyokong Barisan Nasional Tapi sekarang sebaliknya. Di manakah silapnya dan kenapa sekarang segelintir orang mula Menentang Barisan Nasional. Cuma renungilah kerajaan mana bagi kita pelajaran, Bagi kita Kerja, Bagi kita biasiswa. Apa Yang Kita tidak puas hati dengan kerajaan BN? Adakah kita hidup dalam Kemiskinan? Adakah kita tak cukup makan?































