Thursday, May 7, 2009

PILIHANRAYA DI PENANTI

Parti manakah akan menang kali ini adakah BN atau Pembangkang akan menang balik kerusi di penanti.Dan apakah rancangan BN kali ini adakah BN akan menang di penanti atau jadi sebalik seperti pilihanraya di terengganu.Saya juga ingin beri pendapat saya .

Kali ini kalau calon yang akan dicalonkan oleh BN untuk bertanding di penanti haruslah calon itu berasal dari penanti dan penyokong dari BN .Kalau BN nak menang mestilah calonkan calon yang dikenali dipenanti dan yang akan selesa dengan penduduk dipenanti.

Kalau calon itu tak dikenali oleh penduduk di penanti macam mana BN akan menang kali ini BN harus dengar apa yang orang ramai inginkan.Orang ramai inginkan calon yang boleh turun padang dan selesaikan masalah mereka.Jadi sebagai Adun mestilah ada sikap patriotik dan sikap perjuangkan masalah penduduk.

Bukannya sudah jadi Adun ingin penuhkan poket dan bank-bank masing-masing.Bila sudah jadi adun itulah kali terakhir semua janji-janji cuma diatas pentas sahaja.Kali ini penduduk inginkan seorang yang kaliber dan karisma.Kotakan janji-janji dulu dan penduduk sekarang sudah mula bangun dimana selama ini mereka didalam mimpi .

Janganlah lagi berikan janji palsu lagi dan janganlah tipu penduduk lagi.

No comments:

Post a Comment

Followers