Thursday, May 14, 2009

PERKUATKAN UMNO

Dah tiba masanya semua cawangan umno perkuatkan lagi cawangan masing-masing.Harus dimulakan revolusi baru dimana orang-orang muda harus diberikan perhatian supaya yang muda dapat menyumbangkan commitment,tenaga dan idea masing-masing untuk membawa umno ke era baru.Adakah umur masih menjadi faktor untuk seseorang memegang jawatan sebagai menteri serta beberapa jawatan didalam kerajaan.

Barisan Nasional harus menangi balik semua kerusinya diseluruh negeri pada masa yang akan datang.Umno harus perjuangkan serta menitik beratkan hak-hak orang melayu dan anak-anak muda supaya mereka tidak terjebak kearah yang salah.

Ada anasir-anasir yang cuba menjatuhkan umno dengan mempengaruhi anak-anak muda kerana merekalah aset negara.Dari segi pendidikan berapa peratus kita telah mansuhkan mereka yang buta huruf Dan mereka yang tidak mendapat pendidikan yang secukupnya.Harus dibuat kajian diseluruh negara terutama dikawasan luar bandar dan Ditahap mana kemiskinan telah dikurangkan.Adakah mereka ini menikmati segala kemudahaan yang sepatutnya.


Kerajaan harus mulakan satu pelan tindakan khusus dikawasan luar bandar dan dalam bandar.Dimana kajian harus dibuat dari factor keperluan ,permintaan ,kemudahaan , pendidikan Dan lain-lain lagi.Harus dibuat satu hari bersama rakyat dimana adun ,menteri serta Perdana Menteri Turun padang untuk mendengar apa rakyat inginkan.

Iaitu satu slogan 'ONE DAY WITH PEOPLE'AND WE HEAR YOUR VOICE'.Dan dimana semua menteri dapat luangkan masa dengan rakyat dan kenal sesama sendiri untuk perkukuhkan kepercayaan masing-masing.Dan dapatkan balik sokongan untuk parti masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Followers